SEREMBAN: Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial, sebaliknya perlu terus melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa atau di Talian Kasih 15999.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pengadu perlu memberikan maklumat lengkap bagi memudahkan pengesanan dan siasatan kes dan mereka tidak perlu khuatir kerana maklumat peribadi akan dirahsiakan.
"Kita tidak mahu orang ramai hanya kongsi kandungan di sosial media sebab itu kita bagi nombor 15999, kita mahu mereka gunakan perkhidmatan itu sepenuhnya supaya kita boleh menyiasat terus, tahu lokasi, siapa terlibat dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak yang disertai 800 peserta termasuk pelajar sekolah rendah di sini hari ini.
Nancy berkata berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, seramai 7,520 kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan pada tahun lepas dengan 405 daripadanya di Negeri Sembilan.
Justeru beliau berkata masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam perlindungan kanak-kanak dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya golongan itu terdedah atau terlibat dalam kes penderaan dan pengabaian.
"Semua pihak perlu cakna terhadap hak kanak-kanak. Sekiranya berlaku apa-apa mencurigakan, termasuk didera ibu bapa atau ahli keluarga di dalam rumah, dapatkan pertolongan segera.
"Selain itu, guru juga perlu menjadi orang yang dipercayai, apa-apa berlaku di rumah, anak-anak terpaksa cari guru, kalau guru juga jadi orang dicurigai maka hancurlah harapan mereka," katanya.
Dalam pada itu Nancy berkata program advokasi perlindungan kanak-kanak itu bertujuan menggerakkan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti setempat dalam memastikan hak kanak-kanak sentiasa dilindungi.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 300 sekolah dilibatkan dalam program berkenaan yang telah dilakukan di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Nancy menyantuni pelajar-pelajar selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak di SMK Seri Ampangan hari ini. - Gambar Bernama
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Elaun Pekerja OKU pengemis miliki Proton X70 dihentikan - Noraini
Noraini berkata di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.
Lebih 674,000 OKU berdaftar dengan JKM
Jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar sehingga 2022 adalah sebanyak 674,548 orang iaitu dua peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.